Tuesday 25 February 2014

Sakit Itu Nikmat

Keperitan yang kualami
Menyedarkan diri yang hina ini
Bahawa sakit yang kualami
Adalah nikmat Allah

Keperitan ini
Membuatkan diriku lebih bersyukur
Membuatkan diriku bergantung padaNya
Mengingatkan diriku untuk mengingatiNya
Mengingatkanku untuk senyum ketika sakit
Mengingatkanku bahawa Allah menyayangiku

Keperitan ini
Merupakan penawar dosaku
Merupakan ujian dariNya
Dia ingin melihat
Sama ada aku tabah
Sama ada aku percaya padaNya
Sama ada aku layak untuk syurgaNya

Sesungguhnya
Keperitan ini
Merupakan nikmat dariNya
Kuatkan aku Ya Allah
Untuk menghadapi keperitan ini
Biarkanlah aku merasai nikmat sakit.
 
~25th February 2014~

No comments:

Post a Comment